Zaman moden Kubu kota Aleppo

Medan yang dibaik pulih

Pada masa ini, Kubu kota terletak di atas sebuah bukit kecil yang mempunyai tapak elips dengan ukuran panjang 450 meter dan ukuran lebar 325 meter. Pada bahagian atasnya, elips ini berukuran 285 meter dengan 160 meter, dan dengan ketinggian tapak condong sebanyak 50 meter. Pada zaman lampau, keseluruhan bukit diliputi batu kapur yang masih kekal sehingga hari ini.[5]

Bukit ini dikelilingi parit berukuran 22 m dalam dan 30 m lebar, yang dibina pada abad ke-12. Yang menarik ialah get masuk yang diperkukuh, yang dapat dilalui menerusi sebuah jambatan lengkung. Ciri ini ditambah oleh kerajaan Mamluk pada abad ke-16. Deretan lima selokan sudut tegak dan tiga get besar (dengan ukiran patung) membawa pelawat ke pintu masuk utama istana kubu.[5] Juga menarik di bahagian adalah Dewan Senjata, Dewan Byzantine dan Dewan Takhta dengan bumbung berhiasnya yang baharu dibaik pulih.

Kini, kubu kota ini menjadi tarikan pelancong dan juga tapak kajian arkeologi. Amfiteater sering digunakan untuk konsert muzik ataupun acara kebudayaan.[5] Pada bulan Ogos 2012, sewaktu pertempuran Aleppo get luar kubu kota rosak akibat bedilan[6].